Wednesday 14 November 2012

PENDIDIKAN PEMULIHAN ( SAMBUNGAN )



PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah :
Menentukan objektif pendidikan pemulihan;
Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.
Menyusun strategi pendidikan pemulihan
a.       Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat dengan ibu bapa.
b.      Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis.
c.       Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
d.      Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
e.      Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan.
f.        Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya.
Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan
a.       Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
b.      Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria.
c.       Maklumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera.
Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai.
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya :
a.        Pendekatan Deduktif
b.      Pendekatan Induktif
c.       Pendekatan Elektif
d.      Kaedah Komunikatif
e.      Pendekatan Main Sambil Belajar
f.        Teknik Bercerita
g.       Teknik Latih Tubi
h.      Teknik Bersoal Jawab

CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN
a. Pemerhatian
Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
b. Pentafsiran rekod prestasi
Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.
c.  Rekod profil
Rekod profil ialah rekod yang member maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
d.  Ujian kertas dan pensel
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan
e.  Temu bual dengan guru darjah
Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid
f.  Temu bual dengan ibu bapa
Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat. Contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah. 

PERANAN DAN TUGAS GURU PEMULIHAN
Menurut Koh Boh Boon (1981), guru mestilah mempunayi kemahiran dan ini bergantung kepada :
a.       Kebolehan dan kecekapan guru dalam menjalankan pendidikan pemulihan
b.      Kemahuan guru untuk mempelajari and mencuba aktiviti-aktiviti pemulihan.
c.       Bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah aktiviti pemuliahan yang dipelajari.
Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling bertarikh 17 Mac 1986, Jilid v/ (29) telah menyenaraikan beberapa peranan dan tugas guru pemulihan. Antaranya :
a.       Menjalankan kerja-kerja pemulihan.
b.      Membantu guru-guru asas dalam hal-hal :
c.       Mengenal pasti murid-murid lemah.
d.      Merancang dan menyediakan aktiviti.
e.      Mengatur jadual waktu pengajaran.
f.        Mengajar bersama-sama guru asas.
g.       Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, doctor atau pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat tentang kelakuan, tabiat, kesihatan murid dan lain-lain.
h.      Membuat penilaian dan merekodkannya. Isi rekod mengandungi perkara seperti kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan dan hasil-hasil temubual dan rujukan.
i.         Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
j.        Mengadakan bengkel di peringkat sekolah dan daerah.
k.       Tugas-tugas lain

PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
a.       Pendidikan pemulihan kelas biasa.
Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari biasa.

b.      Pemulihan bagi program kajian tindakan
Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang mungkin menjejaskan pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.Kelas pemulihan khas.

c.       Kelas pemulihan khas
Merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M. Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.

No comments:

Post a Comment