Friday 14 November 2014

Dah Bersawang



Assalamualaikum, lama tak jengah blok ni. Dah naik bersawang. Jenuh gak nak ingat balik guna email mana waktu nak buka blog ni dulu. Almaklumlah sibuk tak tentu hujung pangkal.Sekarang ini s dah masuk semester  6 kat UPSI ( baca Sem 1 2014/2015). Ada la lagi setahun nak habis. Rasanya sem ni paling semput. Ada tujuh subjek nak kena follow dengan tugasan dan forum. Tujuh - tujuh subjek ada forum tetapi alhamdulillah tugasan ada yang kena buat satu sahaja dan ada juga kena buat dua. Boleh le bernafas sikit. ye la mana nak kejar buat assignment, nak berforum nak mengajar kat sekolah lagi. Dah tu pulak sedang mengandung lagi, ni tunggu nak bersalin sampai dah overdue, babynya tak nak kuar - kuar lagi. Assignment pun ada dua tajuk lagi belum siap. Tak tau le dan ke tak nak buat. Kalu tak dan tawakal ajelah mana - mana yang dapat je. Tak larat nak kejar semua. Asalkan lulus dan boleh sambung sem 7 cukup.  Bukan apa ..... penat dah rasanya sembilan bulan lebih bawa perut memboyot

Wednesday 28 November 2012

Resipi Lagi

Sekarang ni musim buah durian,,,, Kalau sesiapa yang rajin tu boleh le cuba resipi ni. Katanya tengak popular sekarang resepi ni... terutama yang suka makanan berasaskan durian.

Resipi Durian Crepe (yang tengah femes dan meletup - letup  kat internet)

Bahan:
250gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500ml santan (kalau guna santan kotak 350ml santan, 150ml air) kalau tak pekat sgt..
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (kuning/pink/hijau pandan)
1 sudu besar butter dicairkan
2 sudu besar gula halus
 
Bahan inti:

Isi durian
Fresh cream brand rich atau apa2 brand  yg penting must be non dairy whipping cream
 
Cara buat 
Satukan semua bahan diatas kacau sebati (kecuali santan dan pewarna)
Masukkan santan sikit demi sedikit agar tepung tk berketul
Masukkan pewarna
Blendkan bahan tersebut dan tapis (agar lebih halus)
Panaskan non stick pan hingga betul2 panas.. sapukan sedikit minyak masak (utk kali pertama saje)
Tuangkan sesenduk kecil adunan ke dalam kuali dan kecilkan api..
gunakan belakang senduk untuk meleper/membulatkan adunan (buat senipis yg boleh)
Apabila nampak bahagian bawah agak kering boleh angkat (tk perlu terbalikkan kulit tersebut)
*bila hendak meletak inti, bahagian bawah yg agak kasar dibahagian dalam dan bahagian atas yg licin adalah bahagian luar crepe.. ulang sampai habis tepung. 
 
Cara letak inti dan lipat
Mula - mula pukul dulu ambil dlm 250ml whipping cream hingga kental. Pastu ambil ambil satu kulit yang dah dibuat tadi, letak dulu whipping cream yang dah dipukul tadi dalam sesudu kecil. Kemudian letak isi durian dan tutup dengan whipping cream tadi. Akhir sekali lipat empat segi 
 
  
Kulit crepe yang dah siap,  kalau mak - mak kita dulu cam buat kulit kuih ketayap. Biasanya kulit crepe ni warna kuning tapi kalu nak warna merah ke , hijau ke boleh... terpulang ikut cira rasa memasing.

 
Ni yang dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap makan masa sejuk.


 

Larangan Berdiri Sambil Minum Air

 Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kita Minum Air Sambil Berdiri
 
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari)

Monday 26 November 2012

Jom Makan Angin

Cuti sekolah ni tentu ramai yang hendak pergi melancong. Apa kata sebelum melancong ke tampat - tempat lain, lawatlah dulu tempat - tempat menarik yang ada di negeri Perak. Di sini terdapat sedikit info tempat - tempat menarik yang boleh dilawati di negeri Perak.

Sungai Klah Hot Spring, Sungkai

Kolam Air Panas Sg Klah,  menjadi bualan orang ramai di sekitar daerah Batang Padang kerana keunikannya yang tersendiri. Kolam air panas ini dibangunkan oleh anak syarikat Felda, Plantation Resort Sdn Bhd.. Terletak lebih kurang 15 hingga 20km dari Sungkai dan terletak di kawasan Felda Sg Klah, kolam air panas Sg Klah ini dibuka seawal 8 pagi. Harga tiket untuk memasuki  Hot Springs ni adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.


Gambar - gambar berkaitan
sungai-klah-hot-spring-trolak-perak-felda-residence-hot-springs-perak-malaysia-spa image image

Maklumat lanjut :  http://www.malaysiavacationguide.com, http://www.mohdrizmanma.com


Menara Condong Teluk Intan

Apabila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.


Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.





Kompleks Sejarah Pasir Salak


Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.
Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.


Resort Percutian Pasir Salak mengandungi Bilik Penginapan Berhawa Dingin, Kolam Renang, Dewan Persidangan, Bilik Seminar dan Bengkel, Restoran Beraneka Makanan dan Riverside Gazebo.

   


Sunday 25 November 2012

Cuti Sekolah

Memanfaatkan Masa Lapang


Termasuk antara nikmat Allah yang kebanyakan manusia lalai dan lengah terhadapnya, mereka tidak tahu menghargainya dan mereka tidak mensyukurinya dengan baik ialah nikmat “masa lapang”.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:
Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”

“Masa lapang” ini maksudnya ialah kekosongan daripada berbagai kesibukan dan perkara-perkara keduniaan yang menghalang dan melarang seseorang daripada melakukan urusan-urusan akhirat.

Hal ini tidak bertentangan dengan apa yang dijelaskan dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis berkenaan dengan galakan atau dorongan berusaha dan mencari sumber kehidupan, selagi hal yang demikian tidak menyebabkannya tenggelam dalam gelombang dan tuntutan kehidupan, dan tidak pula menghalangnya daripada melaksanakan peraturan Allah SWT.

Istilah atau perkataan “tertipu” yang terdapat dalam sabda Rasulullah di atas pada asalnya digunakan dalam kegiatan jual beli dan perdagangan. Jadi dalam hadis ini seperti yang dikatakan Syeikh Al Manawi:

“Seorang mukallaf diumpamakan dengan “peniaga”. Modal utamanya ialah “kesihatan” dan “masa lapang”. Kerana kesihatan dan masa lapang adalah antara faktor penting dalam mencapai keuntungan dan faktor asas dalam menuju “kejayaan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan jalan menjunjung segala perintah-Nya, dia akan memperoleh “keuntungan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan syaitan dengan memperturutkan kehendaknya, dia telah menyia-nyiakan “modal” perniagaan (yang merupakan anugerah Allah yang tidak dapat dinilai harganya).”

Terdapat dalam hadis lain sabda Rasulullah s.a.w:
“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”

Masa lapang tidak akan tetap kosong buat selama-lamanya. Ia akan tetap diisi sama ada dengan perkara yang baik atau perkara yang tidak baik. Sesiapa yang tidak mencipta kesibukan dirinya dengan perkara yang benar (haq), dia akan memiliki kesibukan yang sia-sia (batil). Justeru itu, beruntunglah orang yang mengisi masanya dengan kebaikan dan amal saleh; dan celakalah orang-orang yang mengisi masanya dengan kejahatan dan kebinasaan.

Berkata sebahagian golongan saleh:
“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”

Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan:
“Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju (keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu.”

Golongan salaf zaman lampau sangat membenci lelaki yang tidak memiliki sebarang pekerjaan, yakni urusan agama tidak; mengenai perkara keduniaan pun tidak. Dengan demikian nikmat masa lapang tersebut baginya bertukar menjadi bencana, sama ada lelaki atau wanita. Oleh yang demikian dikatakan “Masa kosong bagi lelaki adalah satu kealpaan; dan bagi wanita adalah satu rangsangan syahwat.” Yakni perkara yang akan membangkitkan nafsu dan pemikiran mengenai perkara yang berhubungkait dengan syahwat. Bukankah sebab terpikat dan tergodanya isteri Al-Aziz terhadap Nabi Yusuf a.s. dan perangkap yang diciptakannya untuk memikat Nabi Yusuf disebabkan masa terpuang atau masa lapang yang sedang dilaluinya. Bahaya masa terluang ini akan lebih serius lagi bagi para golongan remaja yang memiliki kekuatan naluri atau kecenderungan hawa nafsu. Apa lagi jika remaja tersebut memiliki kemampuan kewangan yang membolehkannya mencapai apa saja yang diingininya.

Dalam hal ini, Abu ‘Athaillah dalam syairnya mengatakan:
Sesungguhnya usia muda, kekosongan masa dan kemewahan,
adalah punca kebinasaan seseorang dalam bentuk kebinasaan apa saja.

Penyair lain berkata:
Sungguh masa lapang telah mendorongnya melakukan perkara yang menyusahkan dirinya.
Punca bala bencana adalah dari kekosongan masa.

Maksudnya, dia terdedah kepada kebinasaan disebabkan masa kosong yang telah merangsangnya, yakni kesibukan hati dan keterpautannya dengan permasalahan hawa nafsu serta dibuai angan-angan yang panjang. Hal di mana ianya hanya tidak akan mendatangkan hasil kecuali kesudahan yang buruk di dunia dan di akhirat.

(Petikan dari buku Nilai & Harga Waktu)


Sumber : http://halaqah.net

Latihan Tatabahasa

Latihan tatabahasa boleh diakses di http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm16.HTM

Resipi Pilihan

Kepada sesiapa yang rajin bolehlah mencuba resipi ini...

RESIPI 1
Belotok Ubi
1 kati ubi keledek - direbus
1 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Lenyek ubi dan gaul sebati dengan telur, lada dan garam.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai dapat konsistensi yang elok. 
Isi inti dan bujurkan.  Golek atas tepung, celup telur dan golek atas serbuk roti.  Goreng.

Intinya:
Tumis bawang putih yang dicincang.
Masukkan inti ayam/daging/udang yang dicincang.
Masukkan bawang besar (dadu), cili merah, cili hijau, carrot, daun bawang, daun sup )diracik halus).
Perisakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
Masak sehingga kering.


RESIPI 2

Ayam Goreng 13 Perencah

1 ekor ayam - potong 16

Bahan-bahan berikut digiling halus dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya 5 jam:
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sude besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar air asam limau
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Goreng sehingga garing.

Sumber :  http://deklassique.blogspot.com

Kata Pinjaman Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu

Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu.  Sebagai bahasa yang pesat berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan.  Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik.

Terdapat banyak faktor yang mendorong sesuatu bahasa itu termasuklah bahasa Melayu untuk mengambil unsur-unsur asing, antaranya ialah :

i. Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu.

ii. Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

iii. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri.

iv. Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan.

Terdapat 5 unsur yang boleh dipinjam daripada sesuatu bahasa luar dan bahasa Melayu telah meminjam kesemua unsur ini untuk memantapkan lagi strukturnya. Unsur-unsur itu ialah:

i Unsur perkataan (kosa kata/ perbendaharaan kata)
ii. Bentuk huruf dan sistem tulisan
iii. Sistem bunyi (bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu,  seperti kh, gh, sy, f dll)
iv. Imbuhan
v. Peribahasa

Namun begitu, kita tidak menerima struktur ayat dalam bahasa asing dalam bahasa Melayu.

Unsur-unsur bahasa asing masuk ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara penutur-penutur bahasa yang berkenaan. Pertembungan antara penutur boleh berlaku dalam hal-hal seperti di bawah:

i. Melalui proses peperangan dan penjajahan politik
ii. Proses perniagaan dan urusan perdagangan.
iii Melalui hubungan penjiranan dan persahabatan.
iv. Melalui aspek pendidikan dan penyebaran agama.

Penyerapan unsur kosa kata asing dalam bahasa Melayu melalui keempat-empat proses di atas. Aspek peperangan dan penjajahan politik telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Manakala aspek perniagaan, urusan berjual-beli dan pendidikan serta penyebaran agama Islam. Perkataan-perkataan yang dibawa masuk termasuklah melalui peminjaman daripada bahasa Sanskrit, dan Arab.

Penjiranan dan persahabatan pula telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa China, Tamil dan dialek Indonesia

JENIS-JENIS PEMINJAMAN

i. Peminjaman tulen
ii. Peminjaman maksud
iii. Peminjaman kacukan
iv. Peminjaman pemerian
v. Peminjaman berpindah
vi. Peminjaman dialek
vii. Peminjaman kuno


Bacaan lanjut di  http://bmstpm.blogspot.com/2012/07/penyerapan-unsur-asing-dalam-bahasa.html

Sunday 18 November 2012

UPSR 2012


Keputusan UPSR bagi tahun 2012 telahpun diketahui. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat 5A. Bagi yang tidak berjaya pula cuba lagi. Bagi warga SKRC juga tahniah diucapkan kerana 2 orang calon telah berjaya mendapat 5A dan dua orang calon telah mendapat 4A1B. Peratus lulus semua mata pelajaran meningkat dari 25% pada tahun 2011 kepada 70% bagi tahun ini. Tahniah kepada guru besar SKRC Puan Mardziah bt mohd Ghazali dan barisan guru tahun 6 , Pn Maimunah Rohani, Puan Hasnera, Puan Azalinawati, Encik Mohd Jorazley, Ustaz Abu Mansor Halimi, Ustazah Nawal dan Ustazah Juliana yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini.



Siti Anis Amira binti Mior Jatin ( atas) dan Nurul Izzati binti Abdul Halim , tahniah atas kejayaan anda mendapat 5A dalam UPSR 2012

Thursday 15 November 2012