Monday 26 November 2012

Jom Makan Angin

Cuti sekolah ni tentu ramai yang hendak pergi melancong. Apa kata sebelum melancong ke tampat - tempat lain, lawatlah dulu tempat - tempat menarik yang ada di negeri Perak. Di sini terdapat sedikit info tempat - tempat menarik yang boleh dilawati di negeri Perak.

Sungai Klah Hot Spring, Sungkai

Kolam Air Panas Sg Klah,  menjadi bualan orang ramai di sekitar daerah Batang Padang kerana keunikannya yang tersendiri. Kolam air panas ini dibangunkan oleh anak syarikat Felda, Plantation Resort Sdn Bhd.. Terletak lebih kurang 15 hingga 20km dari Sungkai dan terletak di kawasan Felda Sg Klah, kolam air panas Sg Klah ini dibuka seawal 8 pagi. Harga tiket untuk memasuki  Hot Springs ni adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.


Gambar - gambar berkaitan
sungai-klah-hot-spring-trolak-perak-felda-residence-hot-springs-perak-malaysia-spa image image

Maklumat lanjut :  http://www.malaysiavacationguide.com, http://www.mohdrizmanma.com


Menara Condong Teluk Intan

Apabila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.


Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.





Kompleks Sejarah Pasir Salak


Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.
Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.


Resort Percutian Pasir Salak mengandungi Bilik Penginapan Berhawa Dingin, Kolam Renang, Dewan Persidangan, Bilik Seminar dan Bengkel, Restoran Beraneka Makanan dan Riverside Gazebo.

   


No comments:

Post a Comment