Sunday 18 November 2012

UPSR 2012


Keputusan UPSR bagi tahun 2012 telahpun diketahui. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat 5A. Bagi yang tidak berjaya pula cuba lagi. Bagi warga SKRC juga tahniah diucapkan kerana 2 orang calon telah berjaya mendapat 5A dan dua orang calon telah mendapat 4A1B. Peratus lulus semua mata pelajaran meningkat dari 25% pada tahun 2011 kepada 70% bagi tahun ini. Tahniah kepada guru besar SKRC Puan Mardziah bt mohd Ghazali dan barisan guru tahun 6 , Pn Maimunah Rohani, Puan Hasnera, Puan Azalinawati, Encik Mohd Jorazley, Ustaz Abu Mansor Halimi, Ustazah Nawal dan Ustazah Juliana yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini.



Siti Anis Amira binti Mior Jatin ( atas) dan Nurul Izzati binti Abdul Halim , tahniah atas kejayaan anda mendapat 5A dalam UPSR 2012

1 comment:

  1. tahniah kepada yg berjaya.yg x berjaya tu cuba lagi.perkataan gagal tidak sepatutnya wujud dalam diari kehidupan kita.sebaliknya ia merupakan percubaan yang tidak berhasil.jangan CUBA yang terbaik,tetapi LAKUKAN yang terbaik!!!

    ReplyDelete