Wednesday 14 November 2012

Hari Keluarga SKRC'S BAGUS

Badan Amal Guru dan Staf SK Raja Chulan  telah mengadakan Hari Keluarga yang julung - julung kali diadakan pada 12 dan 13 November 2012 bertempat di Cinta Sayang Resort, Sg Petani,

 Seramai 15 ahli bersama anggota keluarga masig - masing telah menyertai Hari Keluarga ini. Peserta berkumpul di SKRC  pada jam 9.00 pagi sebelum berkonvoi ke CSR Sg Petani. Pelbagai acara telah diadakan bagi mengisi masa selama 2 hari 1 malam di CSR. Pada sebelah malam, diadakan majlis makan malam dengan pelbagai acara lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, kuiz dan penyampaian hadiah hari lahir.

Pada keesokannya, acara  sukaneka telah diadakan bertempat di The Carnival yang merupakan taman tema yang terkenal di Sungai Petani. Pelbagai acara sukaneka diadakan seperti acara kutip gula - gula bagi kanak - kanak, acara buta mata sepak tak kena, semakin jauh semakin sayang dan bowling kelapa.




 Acara berendam di kolam mandi



Sesi taklimat sebelum acara sukaneka diadakan




Bergambar  kenangan di lobi resort




Bergambar beramai - ramai di lobi




Bergambar berlatar belakangkan  padang golf

 

 

Acara kutip gula - gula yang sangat digemari oleh kanak - kanak

No comments:

Post a Comment