Kepada semua saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H. Tentu kita sedia maklum Hari Raya Aidiladha sinonim dengan ibadah korban. Di sini saya ingin kongsikan hikmah mengapa kita disuruh melaksanakan ibadah korban.Artikel ini saya petik dari laman web Pertubuhan Jamaan Islah Malaysia (JIM)
HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN
1. Mengenang dan
mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang
dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’
(bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai
kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT,
namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada
itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang
sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah
Azza wa Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan
seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang
dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk
mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup
mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di
samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah
perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama
Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
5.
Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu
banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6.
Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan,
sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan
Allah.
7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang
melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada
daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan,
mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka
masa yang lama.
8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini
amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa
pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment