Tuesday 30 October 2012

Kelas Jejak Sinar SKRC

Sebenarnya saya baru berpindah ke SK Raja Chulan, Pulau Tiga, Kampung Gajah bermula awal tahun 2012. Jadi belum sampai setahunlah saya di sini.

Di sini saya mengajar di Kelas Pemulihan Jejak Sinar menggantikan cikgu asal Cikgu Zuraidah Yeop Silan yang berpindah ke Kuala Lumpur Muridnya tidaklah ramai. Ada 5 orang sehingga hujung tahun ini. Murid tahun 1 ada 2 orang. Tahun 2 seoarang. Tahun 3 seoarang dan Tahun 4 seorang. Empat orang adalah murid yang bermasalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan seorang murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Matematik.

Mutiara Kata


"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

 


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Sunday 28 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H. Tentu kita sedia maklum Hari Raya Aidiladha sinonim dengan ibadah korban. Di sini saya ingin kongsikan hikmah mengapa kita disuruh melaksanakan ibadah korban.Artikel ini saya petik dari laman web Pertubuhan Jamaan Islah Malaysia (JIM)

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

Wednesday 24 October 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.....

Kepada Pensyarah Tekbologi Maklumat untuk Sekolah Rendah bagi Kumpulan EL- A17, Cik Asmara binti Alias, kawan - kawan dan anak murid yang sudi menjengah ke blog saya ini, saya ucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih.
Tujuan blog ini dibina adalah untuk memenuhi tuntutan kerja kursus KRT3013 -Teknologi Maklumat  Untuk Sekolah Rendah bagi semester kedua PJJ UPSI ambilan Mac 2012.Kepada para pengunjung, harap dapat mengutarakan komen yang membina bagi blog saya ini. Almaklumlah saya belum pernah mereka bentuk blog.

Daun pandan, daun selasih,
Sekian, terima kasih...